Thursday, 17 May 2012

Login Form



Polls

Joomla! is used for?
 

Who's Online

We have 3 guests online
Home
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Sekolah Bitara UPSI
Shoutbox untuk setiap portal sekolah bitara PDF Print E-mail
Written by Eimiza Faisha Bin Azmi   
Wednesday, 26 August 2009 10:38

Module Shoutbox telah dimasukkan kepada setiap portal sekolah bitara. Shoutbox ini boleh digunakan untuk berinteraksi (chatting) di antara pengguna-pengguna yang telah berdaftar di portal sekolah masing-masing. Pengguna perlu mendaftarkan (registered) diri ke portal sekolah anda untuk mengelakkan spamming atau iklan dari memenuhi shoutbox anda.


Anda boleh galakkan para pelajar atau guru untuk mendaftarkan diri di portal sekolah masing-masing untuk menggunakan perkhidmatan ini.


Anda dibenarkan untuk mengubah setting module ini mengikut keperluan atau kesesuaian setiap sekolah.
1. Log masuk ke administrator, http://sbitara.upsi.edu.my/nama_sekolah_anda/administrator
2. Pergi ke Extension>Module Manager
3. Klik pada module "Shout Box"


Selamat mencuba.

Last Updated on Wednesday, 26 August 2009 10:51
 
UPSI Pilih Sembilan Sekolah Bitara PDF Print E-mail
Written by Mohamad Fairuz Misdi   
Wednesday, 19 August 2009 09:33

Oleh: Ghazali Din dan Wan Hairil Asri Wan Hassan

 

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memilih sembilan buah sekolah sebagai sekolah angkat sempena Majlis Pelancaran Sekolah BITARA UPSI yang berlangsung pada 21 April 2009 di Panggung Budaya, Fakulti Seni dan Muzik.

 

Pada majlis yang dilancarkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y. Bhg. Dato' Hj. Alimuddin Hj. Mohd Dom itu juga diadakan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UPSI dengan Sekolah BITARA UPSI.

 

Majlis menandatagani MoU yang dikendalikan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) itu menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim yang diwakili pengetuanya, En. Yogarajan a/l Packrisamy; Sekolah Menengah Kebangsaan Katholik Tanjong Malim (En. Liew Chin Khin); Sekolah Menangah Kebangsaan Khir Johari (Pn. Hjh. Noraini HJ. Yeub Sidi); Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River (En. Wan Abdul Karim Mohamed); Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Slim River (Pn. Hjh. Zaharah Hussein); Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad Slim River (Tn. Hj. Mohd. Rosli Hj. Abd. Rahman); Madrasah Idrisiah (En. Kamaruddin Ahmad); Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Tn. Hj. Abdul Kadir Hj. Jaafar serta Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato' Kamaruddin Behrang, En. Aznam Abd. Manap.

 

Last Updated on Wednesday, 19 August 2009 09:44
Read more...
 
Sekolah Kluster Kecemerlangan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 07 July 2007 17:54

Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) ialah sekolah-sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya berasaskan aspek akademik, kokurikulum, sahsiah, pengurusan sekolah, budaya, hubungan dengan pihak luar, pembangunan modal insan dan sumber yang ada.

 

Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) yang dapat menyerlahkan watak sekolah. Berdasarkan elemen inilah sekolah ini berupaya membangunkan modal insan cemerlang minda kelas pertama yang dapat bersaing pada peringkat global seterusnya menjadi show case (contoh teladan) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Last Updated on Tuesday, 18 August 2009 16:30
 
Program Sekolah BITARA UPSI PDF Print E-mail
Written by Mohd Hafiz bin Md Aini   
Saturday, 07 July 2007 17:54

Program Sekolah Bitara UPSI adalah program  kerjasama  di antara UPSI dan rakan sekolah di sekitar kawasannya. UPSI akan bekerjasama dengan sekolah-sekolah ini untuk meningkatkan kualiti murid dalam aspek akademik, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan pengurusan. Pensyarah dan pelajar UPSI boleh membantu sekolah dalam menjayakan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi murid, guru dan pengurusan. 

UPSI mempunyai lapan buah fakulti dalam pelbagai bidang kepakaran. Sebanyak 32 program pengajian ditawarkan oleh fakulti-fakulti ini. Program-program pengajian ini berkait dengan mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah di bawah KPM.

 

Last Updated on Tuesday, 18 August 2009 16:31