Sunday, 26 May 2013
Home Senarai Sekolah Bitara Mengenai Sekolah Bitara
Mengenai Sekolah BITARA UPSI PDF Print E-mail
Written by Mohamad Fairuz Misdi   
Wednesday, 19 August 2009 12:13

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River

Sekolah yang dibina pada tahun 1992 ini menerima kemasukan pelajar kali pertama pada 20 Jun 1993. Ketika itu hanya terdapat empat (4) buah kelas Tingkatan Satu (1) dengan jumlah pelajar seramai 129 orang. Pengambilan pelajar Tingkatan Empat (4) bermula pada 4 Julai 1993 seramai 167 orang pelajar yang merangkumi enam (6) buah kelas.

Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar

Madrasah yang terletak di Bukit Chandan ini ditubuhkan pada April 1922. Ia merupakan sekolah agama pertama di negeri Perak, dan dibina pada zaman pemerintahan Al-Marhum Sultan Iskandar Qaddassallah Shah. Pelajar sulung yang belajar di sekolah ini terdiri daripada 73 orang anak-anak yatim.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1962 dengan nama SMJK (I). Sebelum itu, penduduk sekitar Slim River terpaksa menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Buyong Adil atau di Methodist Afternoon School, Tanjong Malim. Pada 28 Julai 1966, DYMM Almarhum Sultan Idris II telah berkenaan merasmikan sekolah ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim

Sekolah ini asalnya adalah sebuah banglo milik sepasang suami isteri, En. Enmanuel dan Pn. Esther yang dijadikan tempat belajar. Kematian En. Enmanuel telah mendorong Pn. Esther menyerahkan rumahnya kepada pihak gereja Methodist Tanjong Malim. Pada tahun 1948, sekolah ini telah bergabung dengan Sekolah Inggeris Victory (yang telah ditubuhkan pada tahun 1946) lalu diberikan nama baru iaitu Sekolah Methodist (Persendirian). Pada Mei 1979, pihak kerajaan telah memberikan bantuan modal (grant) kepada pihak sekolah dan semenjak itu sekolah ini dikenali sebagai Methodist English School(MES).

Sekolah Menengah Kebangsaan Khatolik, Tanjong Malim

Sekolah ini dibuka pada 3 Januari 1961, dan beroperasi menggunakan Bangunan Persatuan Eng Chu Tanjong Malim. Pada ketika itu hanya terdapat dua (2) kelas peralihan dengan jumnlah pelajar seramai 72 orang. Rev. Father Dr. Chu  adalah pengetua pertama sekolah ini. Pada 1 Ogos 1961 YB Tun Leong Yew Koh, Menteri Kehakiman pada ketika itu telah menyempurnakan majlis perasmian melatak batu asas.

Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjong Malim

Sekolah yang terletak di Tanjong Malim ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1969. Kini sekolah ini dipimpin oleh Pengetua Kanan, Pn. Hjh. Noraini Yeub Sidi. Sekolah yang berada dalam kategori Gred A ini mempunyai kelas Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Enam (6) dengan bilangan pelajar seramai 1538 orang.

Sekolah Menengah Slim, Slim River

Sekolah yang ditubuhkan pada 1 Januari 1984 ini mengikut sejarahnya dibina untuk menampung kesesakan tempat pengajian di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Dato' Zulkifli Muhammad). Ketika dibuka, hanya terdapat lapan (8) buah kelas iaitu dua (2) kelas Tingkatan Satu (1) dan enam (6) kelas Tingkatan Peralihan.

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1894. Pada tahun 1895 ia berada bawah pentadbiran kerajaan Inggeris. Sekolah ini menyambut perayaan 100 tahunnya pada 13 Oktober 1996. Pada tahun 1998 sekolah ini telah dinaikkan taraf dari Gred B kepada Gred A. Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim adalah sekolah harian satu sesi bantuan penuh kerajaan dengan pelajarnya terdiri dari pelbagai keturunan dan agama.

Sekolah Kebangsaan Dato' Kamaruddin, Behrang

Nama Sekolah Kebangsaan Dato' Kamaruddin adalah sempena nama bekas Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato' Seri Kamaruddin Hj. Isa bagi menggantikan nama Sekolah Kg Pauh. Sekolah ini terletak 15 km dari bandar Tanjong Malim dalam kawasan kampung Melayu dan majoriti penduduk adalah pekebun. Ketika ditubuhkan pada tahun 1957, sekolah hanya mempunyai seorang guru dan lima (5) orang murid sahaja.

Last Updated on Wednesday, 19 August 2009 13:04