Pada 4 Mei 2012 yang lepas, satu Karnival Warga SMKDZM telah diadakan di sekitar SMKDZM. Program ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMKDZM, Yang Berbahagia En. Mohamad Nopiah B Abdul Majid. Karnival ini meliputi Bidang Kurikulum (Pameran dan Jualan Buku), Bidang HEM (Hari Kantin), Bidang Kokurikulum (Permainan dan hari Koperasi), Unit Kaunseling (Pameran Kerjaya, Pemeriksaan Kesihatan dan Derma Darah, Motivasi dan Teknik Menjawab). Objektif karnival ini diadakan adalah untuk menyemai dan memupuk budaya ilmu di kalangan warga SMKDZM. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat keusahawan disamping menggalak semangat kerjasama di kalangan warga SMKDZM. Karnival ini juga diharapkan dapat menimbulkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan di kalangan warga SMKDZM. Karnival ini juga mendapat kerjasama yang baik daripada pihak agensi luar seperti Jabatan Kesihatan yang telah mengadakan pameran kesihatan disamping mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada warga SMKDZM. Turut tidak ketinggalan adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat yang telah mengadakan pemeran mengenai kelengkapan pada sebuah jentera penyelamat mereka. Semoga aktiviti sebegini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Hjh. Khadijah Bt Umar telah merasmikan Minggu Sains dan Matematik di tapak perhimpunan pada pagi ini. Program ini dijalankan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan matematik melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar minda pelajar. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu ini adalah Citra Sains, Kuiz Matematik, Info Sains, Matching maths, SUDOKU, Win, Loose or Draw, Buku Skrap Matematik, See And Draw, Kuiz Sains dan juga pameran Sains. Kumpulan sasaran program ini adalah semua murid SMKDZM. Murid-murid boleh boleh merujuk kepada poster-poster di papan kenyataan ataupun merujuk kepada pengumumuan yang akan dibuat dari masa ke semasa. Semoga program ini mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar.
Pasukan Bola Sepak Bawah 15 SMKDZM telah muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Batang 2012. Kejohanan yang berakhir pada 14 April 2012 ini telah menemukan pasukan dari SMK Air Kuning menentang pasukan SMKDZM pada perlawanan akhir. Pasukan SMKDZM yang diletakkan sebagai "underdog" telah memberi tentangan yang sengit sebelum tewas 0-2 pada perlawanan tersebut. Semoga pasukan yang dibimbing oleh En. Mohd Yusof dan En. Alwi ini terus mendapat kejayaan pada masa akan datang. Sementara itu pasukan B 18 pula telah berjaya mara ke peringkat Suku Akhir. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan.
Pasukan Drama Bahasa Inggeris SMKDZM telah muncul sebagai johan dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris Daerah Batang Padang yang telah diadakan pada 10 April 2012 yang lepas di dewan Sekolah Menengah Vokasional Slim River. Pasukan yang dibimbing oleh En. Edmund Yeo dan Pn. Jenny Ho ini akan mewakili daerah Batang Padang ke pertandingan peringkat negeri yang akan diadakan di Kinta Selatan. Semoga pasukan ini terus berjaya dalam pertandingan yang akan datang.
Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMKDZM telah mengumumkan beberapa orang pelajar sebagai ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Matlamat penubuhan PRS adalah untuk melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan. Peranan PRS adalah menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. PRS juga membantu menggerakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. PRS akan menjadi sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan seterusnya menjadi contoh kepada pelajar lain. PRS juga menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan bersimpati. Semoga PRS yang dilantik ini dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Â
Page 1 of 35
PMR
| 1 | 4 | 5 |
Hari Lagi
| 2012 | ||
| May |
| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 |
| 07 | 08 | 09 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | 01 | 02 | 03 |
| 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 | 10 |






![]() | Today | 14 |
![]() | Yesterday | 386 |
![]() | This week | 1667 |
![]() | Last week | 1920 |
![]() | This month | 4670 |
![]() | Last month | 8124 |
![]() | All days | 142048 |