Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Selamat Datang
1
2
3
4
5
6
 

SAMBUTAN HARI GURU 2012

16 Mei     7.30 pagi    Dataran Kejat SMK Slim

Majlis dimulakan dengan ucapan ketua pelajar, seterusnya YDP PIBG Tn. Hj. Baharuddin Ishak dan Tn pengetua SMK Slim Pn. Hjh. Siti Mariam bt Joned. Kemudian En. Mohd. Faizal membaca perutusan hari guru. Majlis diteruskan dengan ikrar guru, nyanyian lagu tema hari guru serta lagu guru malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut;

* Sukaneka

* Memasak tanpa api

* Menggubah bunga

* Persembahan pelajar

Selepas jamuan tengahari majlis penyampaian hadiah kepada semua guru telah dijalankan.

 

MAKLUMAN

PADA MASA INI PIHAK SEKOLAH MENGHADAPI MASALAH TEKNIKAL UNTUK MEMUAT NAIK GAMBAR KE SERVER. BUAT MASA INI HANYA BERITA TANPA GAMBAR SAHAJA DAPAT DIPAPARKAN. HARAP MAAF.... ADMIN.

 

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2012

Dewan e-Learning SMK Slim     28 April     9 Pagi

Hari Anugerah Cemerlang SMK Slim 2012 telah dirasmikan oleh YM  Raja Datin Azlina Raja Abdul Jalil, Pengarah Masterplan Consulting Sdn Bhd. Turut hadir ialah YB Dato' Ahmad Faris B Abd Halim (DIMP), CEO Masterplan Consulting Sdn Bhd, Tn Hj Baharuddin b Ishak, YDP PIBG SMK Slim dan Pn Hjh Siti Mariam bt Joned, Pengetua SMK Slim. Dalam ucapan perasmiannya, YM Raja Datin Azlina berharap para pelajar SMK Slim akan terus melakar pelbagai kejayaan di masa depan. Beliau kemudiannya sudi menyampaikan hadiah dan sijil kepada tokoh-tokoh pelajar dalam pelbagai bidang. Berikut disenaraikan pelajar-pelajar tersebut.

Tokoh Sahsiah   - Noorafiqah bt Nurhisyam

Tokoh Sahsiah   - Raimi Izuan b Mohd Adam

Tokoh Sahsiah   - Afifah Rashidah bt Iswanto

Tokoh Sahsiah   - Lee Xian Neng

Tokoh Murid Kokurikulum  - Asni Muzammil B Abd Rahman

Tokoh PMR   - Nor Azlin bt Zolkhafli

Tokoh SPM   - Anis Nuratikah bt Abd Halim

Tokoh Murid 2011   -   Anis Nuratikah bt Abd Halim

 

PROGRAM LESTARI CEMERLANG MNRB

RABU    18 APRIL     DEWAN TAN SRI HJ GHAZALI JAWI, SLIM RIVER

Melalui Program Lestari  Cemerlang MNRB pihak MNRB telah menjemput pakar motivasi daripada MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, Dr Hj Tengku Asmadi b Tengku Mohamad untuk menjayakan  Motivasi Alihan Pelajar Gemilang PMR & SPM. Program selama satu hari itu mendapat sambutan menggalakan daripada para pelajar tingkatan tiga dan lima serta ibu bapa masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut.

 

BERTEMU DAN BERPISAH

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertukar kepada Tn Hj Noor Azmi b Razali yang bertukar ke SMK Trolak sebagai PK Pentadbiran semoga dapat terus menyumbang bakti mendidik anak bangsa. Pihak sekolah juga ingin mengalu-alukan kadatangan PK Pentadbiran yang baru, Pn Hjh Salina bt Shuib yang bertukar dari SMK Trolak, semoga SMK Slim akan lebih cemerlang.

 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 16

Demi Masa

PENGUMUMAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA ADIK AGGER DARIPADA KELAS PENDIDIKAN KHAS KERANA MENJADI JOHAN DALAM PERTANDINGAN 100 METER DAN 200 METER DALAM PERTANDINGAN SUKAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH BATANG PADANG. TAHNIAH JUGA KEPADA ADIK NURUL FARHANAH BT ZAIFUL ANUAR YANG MENJADI JOHAN DALAM PERTANDINGAN SYARAHAN MTQSS PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini37
mod_vvisit_counterKelmarin47
mod_vvisit_counterMinggu ini268
mod_vvisit_counterMinggu lepas430
mod_vvisit_counterBulan ini972
mod_vvisit_counterBulan lepas2936
mod_vvisit_counterSemua hari38169

We have: 1 guests, 1 bots online
IP Anda: 38.107.179.224
 , 
Hari Ini: May 16, 2012

Wajah SMS

8.jpg

xenical orlistat diet pills buy azithromycin no prescription